Baru-baru ini saya 'bertemu' dan 'bersembang' dengan sahabat lama di Facebook. Ada beberapa perkara yang kami bualkan. Salah satu daripadanya sudah pasti berkenaan dengan "nasihat, dari mana datang duit... macam mana nak jadi kaya... macam mana nak berbini duu..." (petikan dari filem Labu Labi). Hehehe... gurau je.
Saya masih ingat kawan saya ni pernah mengajak saya menjalankan perniagaan internet. Saya bertanya bagaimana perkembangannya. Katanya, "Okey. Ada masa slow, ada masa tak menang tangan kalau terlalu banyak order." Dia menyarankan saya melawat ke laman webnya untuk melihat sendiri.
Saya masih tak pasti bagaimana menjalankan perniagaan internet (dengan berjaya) namun saya tahu ia boleh dilakukan. Yalah, kalau tidak takkan muncul nama seperti Irfan Khairi dan sebagainya. Cuma apa yang pasti ada banyak cara untuk menjadi kaya dan tak semua orang boleh menggunakan cara yang sama seperti anda. Kalaulah semua orang boleh menjadi kaya dengan satu cara, pastinya dalam dunia ini ada satu perniagaan, satu produk, satu pemilik sahaja.
Apapun singgahlah ke laman web sahabat saya tersebut di sini. Di bawah ini pula banner ke sana.
Selamat membeli!

2 comments:
Salam, sahabat..
Dalam dunia ni apapun namanya perniagaan mesti ada pasang surut, yang penting mesti istiqamah dan igin sentiasa belajar..
Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal
...barulah jadi DUIT
betul tu... semoga usaha berterusan
Post a Comment