Pages

Iklan Nuffnang

Friday, January 23, 2009

Kerja rajin-rajin

Hentikan pekerja asing.

- Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berkata, "Majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menghentikan pekerja asing terlebih dahulu dan bukannya pekerja tempatan."

Hal ini berikutan kemungkinan berlaku pemberhentian pekerja ekoran keadaan ekonomi semasa yang buruk. Sentiman anti-Israel dan anti-Amerika baru-baru memburukkan lagi keadaan.

Kita berharap tindakan yang diambil Datuk Seri Syed Hamid Alba ini dihargai oleh tenaga kerja tempatan terutama sekali golongan muda. Kerajaan berusaha untuk memastikan periuk nasi kita terjaga. Oleh itu janganlah pula kita tidak menghargainya dengan bermalas-malasan serta menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti ponteng dan curi tulang semasa kerja. Kalau tidak, majikan terpaksa mengambil semula pekerja asing.

Masalah yang sering kita dengar daripada majikan ialah pekerja tempatan tak tahan bekerja. Belum sampai tiga bulan kerja dah tunjuk perangai. Itu kira ok kalau sampai tiga bulan. Ada yang dua tiga minggu dah mula naik hantu. Lawan penyelia, lambat datang kerja dan sebagainya. Malah ada yang dah panjang tangan walaupun baru masuk beberapa hari bekerja.

Di kalangan budak-budak muda pula, terutama Melayu, ramai yang menganggap kerja yang dilakukan mereka teruk dan tidak baik. Contohnya bekerja di pasaraya ataupun kedai makan. Bila ditanya tentang taraf pendidikan, tak sedar pula yang mereka hanya setakat SPM saja.

Korek punya korek, rupanya mereka nak mintak kerja dengan kerajaan. Senang, kerja 'waktu pejabat'.

Bila ditanya kenapa tak nak sambung belajar, jawab mereka pula 'nanti tak semestinya dapat kerja bagus. Graduan sekarang pun ramai yang menganggur, takkan aku nak join diaorang pulak,'.

Entahlah, graduan pun susah nak cari kerja inikan pula yang lebih rendah pendidikan. Suruh ternak lembu atau tanam sayur pula kata mereka tak ada tanah.

- Mana tanah?

+ Tanyalah atuk, dia dah jual buat pergi haji lima tahun lepas.

Huhuhu, sedihnya anak-anak muda sekarang

0 comments: