Barangkali artikel ini agak lambat disiarkan (ditulis) kerana sekarang UN telah bersetuju menggesa Israel berundur dan melaksanakan gencatan senjata di Palestin. Apa jua tindakan mereka, sebagai umat Islam kita mesti sedar Allah telah lama mengingatkan kita agar jangan percaya dengan tipudaya kaum Yahudi (alamak, lupa pulak dalilnya).
Apapun, tujuan artikel (dibaca: catatan) ini ditulis ialah untuk mengajak kita sama-sama merenung kewajaran boikot barangan Israel dan Amerika kerana nampaknya ada yang berpendapat kalau biokot, maka ekonomi kita sendiri yang akan terjejas.
Definisi 'Boikot'Kalau nak ditakrifkan menurut
wikipedia, 'boycott' bermakna aktiviti pengguna yang terlibat dengan tindakan sukarela tidak mengguna, membeli atau berurusan dengan seseorang atau sesuatu organisasi sebagai tanda protes, biasanya atas alasan politik. Sebenarnya perkataan boycott berasal dari peristiwa pemulauan Captain
Charles Boycott, seorang ajen pemilik hartanah dari Ireland. Peristiwa itu menyaksikan beliau akhirnya dipinggirkan oleh masyarakat beliau. Kalau nak baca lebih lanjut tentang peristiwa itu, sila klik rangkaian yang disediakan.
Dalam kes semasa, kita mencadangkan agar memboikot Israel dan Amerika. Maknanya kita tidak mahu mengguna, apatah lagi membeli dan berurusan dengan mereka. Dalam hal ini, perlu jelas bahawa yang tidak mahu berurusan hanyalah dalam soal kepenggunaan: iaitu beli-jual barang. Tidak termasuk yang dah lepas. Kalau dah beli
henpon Nokia tu, pakai ajerlah. Nak buat apa buang sungai.
Kesan boikotPihak yang kena boikot sudah tentu akan mengalami penurunan jualan, seterusnya kurang untung dan mungkin terpaksa menutup operasi. Malah kalau betul-betul berjaya, pasti ada yang akan gulung tikar dari Malaysia dan balik kampung.
Disini ada dua kesan yang jelas iaitu kesan kepada Malaysia dan kesan kepada Israel dan Amerika.
1. Kesan kepada Malaysia
Dalam jangka pendek, Malaysia akan mengalami penguncupan ekonomi kerana penurunan permintaan. Maklumlah, dah tak ada orang nak beli barang Israel dan Amerika. Dalam ekonomi, ini memberi kesan berantai:
permintaan menurun = penawaran menurun
penawaran menurun = pertumbuhan menurun
pertumbuhan menurun = ekonomi menurun
ekonomi menurun = negara dalam kemelesetan
nota
: Kemelesetan hanya apabila berlaku pertumbuhan negatif selama 3 sukuan berturut-turut.
Inilah yang ditakuti oleh sesetengah pihak.
2. Kesan kepada Israel dan Amerika
Dalam jangka pendek, mereka akan mengalami kerugian seperti yang saya sebutkan diatas. Namun kerugian ini tidaklah terasa sangat kerana mereka ada banyak lagi rizab di tempat lain. Perdagangan mereka bukan di Malaysia saja. Jadi, serangan ke atas Palestin masih boleh diteruskan. Yang penting, mereka boleh saja melaksanakan gencatan senjata sambil menunggu stok bom dan peluru yang baru sampai ke '
Supply Depot' mereka.
Kalau nak difikirkan, apa sangatlah kesan boikot yang dikempenkan ini. Tak memberi kudis pun. Tapi kalau kita setakat boikot dua bulan, lepas tu lapar MegDii, buat apa.
ALANGKAH BAIKNYA KALAU BOIKOT TERUS!!!
Barang yang dijual oleh Israel dan Amerika bukan susah sangat nak cari pengganti:
Burger - kita ada Burger RAMLY
Biskut - kita ada macam-macam (contohnya Noni Cookies)
Kopi - Pernah dengar tak kopi Hang Tuah?
Itu baru sedikit. Banyak lagilah yang anda boleh fikirkan sendiri.
Boikot beri kesan kepada ekonomi sendiriDalam jangka pendek, pastinya ekonomi kita terasa kesan kerana mungkin ada orang kehilangan kerja. Yalah, kan ada beribu-ribu restoran mereka di Malaysia. Itu belum kira lagi kilang-kilang dan pasaraya.
Tapi kalau kita boleh berfikir panjang, saya ulangi: BERFIKIR PANJANG!!!, kita sebenarnya menyuburkan ekonomi sendiri. Yalah, kita sudah beralih kepada barangan yang berasal dari Malaysia. Bukan saya pemilikan orang tempatan, malah sudah semestinya mereka berhajat nak kaya - bukan macam orang lain yang nak kumpul duit bina tentera ranapkan negara orang lain.
Jadi sekarang, pilihan di tangan anda. Klik laman dibawah untuk lebih lanjut.
Wallahualam.
http://www.inminds.com/boycott-israel.htmlhttp://razihan85.blogspot.com/2009/01/kenapa-perlu-boikot.htmlhttp://hasbullah.pit.my/2009/01/boikot-amerika-bukan-sekadar-jangan.html